Royal Black
cokelatblossom
hye. Welcome to my blog. Have a seat and enjoy it :}
Tagboard code here


College Life
Thursday, 29 March 2012 | 09:19 | 0 comments


Assalamualaikum...Memang dah lama tak update blog ni..bukan apa, dah nama pun student, jadi faham-faham la busy sebagai student ni macam mana kan. Berbalik pada tajuk kita hari ni(wah, dh mcm forum pulak..) nak bercerita la sikit pasal life as a student di college/university. tapi seriously, memang rugi kalau xdapat rasa hidup as a student kt U.. Macam2 pengalaman yang dapat kita gunakan dalam hidup kita sendiri, macam-macam ragam orang yang dapat kita tengok, macam-macam lagi la kan..Jom kita tengok apa yang kita dapat dalam College life kita ni..

1. Suasana baru

Ni la yang paling penting sekali, sebab bila kita jejak ja kaki kat tempat baru, bermakna kita berdepan dengan suasana baru. bagi sesiapa yang anak manja tu, mungkin susah sikit la nak berdepan dengan situasi macam ni, kang tetiba je homesick(macam nana ni ha..). tapi tak pe, bila kita rindukan family kita tu bermakna kita mencuba untuk menyesuaikan diri untuk berjauhan dengan keluarga, lagipun sekarang ni kan zaman teknologi, semua benda dapat menghubungkan kita dengan keluarga. contohnya macam skype, YM, FB, Twitter. so xsusah kn, budak-budak zaman sekarang ni pun semua dah ada HP, mahal-mahal lg sampai kalah aku nyer HP. jangan jadi cam aku la, tiap-tiap hari parents aku akan call untuk memastikan anak dy sorg ni tak ada di kawasan yang dilarang..so, nak menipu pun xboleh la..hihihiii.......

selain tu, keadaan persekitaran jugak penting, mcm nana ni la, tiba-tiba tercampak dekat Sabah ni ha, so, persekitaran kt sini berbeza sikit la dengan semenanjung, mana nak cari nasi lemak pun susah,(pe hal tetiba masuk bab makan ni), sebelum ni ada je kereta depan mata, tapi tetiba kena naik bas, cuaca yang berbeza, (sebab cepat malam)...jadi pandai-pandai korang la nak sesuaikan diri kat tempat baru, percaya la habis je study korang akan suka dengan 'suasana baru' korg tu....


2. Kawan baru

adat la pergi tempat baru, mestilah ada kawan baru. Mula-mula sampai kat tempat baru mesti nervous giler, yela mana tak nyer kita sorang-sorang ja, kawan takde, family pun takde..hidup la kau sorang-sorang kan..(cian nyer)..jadi bila sampai je tempat study tu, tempat pertama korang akan pergi mesti lah untuk check in hostel..dan sah-sah la ada roomate..jadi kawan pertama korang mestilah roomate korang jugak kan. guna kan masa ni sebaik-baiknya untuk jadikan roomate tu sebagai best friend korang.. masuk kelas nanti korang boleh cari kawan baru, tapi jangan lah anti kaum pulak, nak cari kaum yang sama ja pastu nak cari kawan yang senegeri dengan korang, memang melampau la macam tu..kita kan 1 Malaysia, so berkawan la dengan semua orang..contohnya macam nana dekat UMS ni, kawan-kawan semua terdiri dari pelbagai etnik yang jarang kita dapat jumpa. masa ni lah pun kita nak kenal budaya diorang semua..gunakan budi bahasa yang korang ada untuk berkawan dengan ramai orang, tapi jangan sesekali ambil kesempatan terhadap kawan-kawan k.

3. Be independent

kalau bab ni nana rasa susah sikit.. kalau untuk anak manja ni masa dekat rumah of course la semua mak korang yang buat kan, tapi bila dah duduk sendiri ni semua kena buat sendiri. daripada tak pandai buat apa-apa terus pandai kan..macam nana ni ha, dulu pun pernah jugak la duduk hostel masa kt teknik..tapi semua kawan-kawan yang buat, dari basuh baju, lipat baju, iron baju sampai la kemas tempat tidur..(teruk kan..???) tapi sekarang ni kawan-kawan dah lain, jadi semua la kena buat sendiri...

tapi bila kita hidup dengan kawan-kawan, apa yang kawan kita buat, kita pun nak jugak buat...kalau setakat basuh baju, dorang boleh je nak ajarkan..hehehe,pe susah, kalau dalam U kan ada mesin basuh..mesin je yang tolong basuhkan baju korang tu..masa ni jugak la kita akan buat kerja sama-sama dengan kawan-kawan, macam memasak, mengemas, membasuh...tu yang seronok sangat tu, pengalaman yang susah nak dilupakan.

masa ni jugak la kita nak tunjukkan kebolehan yang kita dapat masa berjauhan dengan family.. mana tau parents kita akan bangga dengan diri kita tau. so, jangan la kita kecewakan parents kita, bukan ja dari segi pelajaran, tapi juga dari segi keperibadian diri kita.

4. Pengalaman

yang ni yang paling susah sangat nak dapat, bukan semua orang dapat merasa pengalaman yang kita ada masa  jadi student ni..
pengalaman yang paling susah nana nak lupakan bila kena belajar berebut bas dengan student yang lain. bukan senang nak mencelah tau sebab pintu bas tu dah la kecik, yang nak masuk nyer berpuluh orang, silap-silap mau terkoyak pintu bas tu..hehee....tapi setelah tiga tahun nana cuba berebut bas, sekarang ni nana memang pro bila bab-bab nak berebut bas, cuma sejak tahun dua nana dah jarang nak naik bas, lagi suka naik kereta dengan kawan. tak payah nak bersiap awal-awal, tunggu panas-panas, berebut dengan orang ramai, kadang-kadang kena berdiri dalam bas la..(malu kot...)

pastu, masa ni la kita dapat sedikit kebebasan nak pergi mana-mana..pengalaman jugak tu..tapi macam nana ni bebas-bebas ni pun tak bermakna dapat buat sesuka hati je. ingat la apa yang korang buat di belakang parents tu sentiasa dilihat oleh Allah S.W.T.. ada je student yang depan parents bukan main baik, tapi kat belakang dia la hantu segala club yang ada.. jangan pulak korang macam ni, rosak akhlak korang nanti..memang la korang akan cakap untuk dapatkan pengalaman dalam hidup, tapi apa yang kita buat ada batas nya..

cara hidup kita ni pun adalah satu pengalaman yang kita dapat dalam hidup ni..bukan senang tau nak dapatkan pengalaman yang best dalam hidup..
bila dalam college life ni masa study tengah malam pun satu pengalaman buat kita..kita kena duduk jauh dari family pun satu pengalaman buat kita..jadi setiap apa yang hadir dalam hidup ni  hargailah dan setiap yang terjadi dalam hidup kita ada hikmah disebaliknya..

jom kita tengok sikit tempat study nana..................tapi ada sesetengah gambar yang xtau dari tahun bila punya, sebab pokok pun xbanyak g...macam sekarang ni UMS dah macam U dalam taman......




gambar ni xtau la tahun bila punya..yang penting korang nampak kan UMS ni tepi laut..hehhee





ni twin tower yang kitorang ade...CANSELORI UMS...



Masjid UMS




Dewan Canselor UMS



tempat student untuk bertapa



Jeti dan Pantai UMS






Muzium UMS



ha, yang ni google je...



comel pulak ikan ni..










UMS ni la tempat Heliza..hehehe



tamu gadang 2012..(masa untuk berkonvo)


Sekian...



Old things | New things