Royal Black
cokelatblossom
hye. Welcome to my blog. Have a seat and enjoy it :}
Tagboard code here


NIAT
Friday 25 May 2012 | 21:59 | 0 comments


Assalamualaikum...

pagi-pagi sabtu lagi saya dah bangun bersiap nak pergi kampus...
hari ni berlangsungnya karnival kokum 2012..
sebagai student yang sangat prihatin dengan aktiviti UMS, aku pun hadir la, walaupun lambat sikit aku sampai...


tapi, karnival yang sepatutnya sampai petang, jam 11 pagi lagi aku dh cabut...malas aku nak duduk tempat yang ramai sangat manusia...
apa yang aku join, cuma sukaneka di bawah bakti siswa..dapat la jajan2...jadila nak...

pastu tengok orang lain pergi derma darah, hati aku pun melonjak-lonjak nak join jugak...dah bertaun aku simpan niat nak derma darah dan sebagai salah satu bakti aku kepada community...tetapi selalu ja terhalang...
'TERhalang' ok..!!

mula-mula sekali aku nak derma darah, nurse cakap aku kurang vitamin..
jadi, selalu la aku makan benda yang boleh bagi aku banyak vitamin...
pastu taun bila pulak aku nak derma, nurse tak kasi, sebab aku kurang sihat...

sekali lagi aku nak derma, period pulak...
asyik aku nak pergi menderma darah je mesti datang period..bengang gak la....
so, sekali lagi pagi ni aku nak derma darah, pun dihalang oleh semua nurse-nurse....

TEKANAN DARAH RENDAH....
kecewa teramat la..dah la beratur panjang-panjang semata-mata nak derma darah...
bukan aku je terkejut, nurse-nurse pun terkejut, sebab tekanan darah aku ni teramat rendah...

yang aku dengar dia cakap dalam 30..amende 30 tu pun aku tau sure la...
so, dorang sarankan aku banyak lakukan aktiviti...
dorang ni memang tak tau kan, tiap-tiap hari kot aku cuci baju pakai tangan aku ni...

tapi, sebenarnya ada banyak sebab kenapa tekanan darah kita tiba-tiba jadi rendah walaupun kita nampak sihat macam orang lain..
jom, jadi doktor sekejap..(jadi la dapat jadi doktor dlm blog ni pun..huhuu)
masa-masa macam ni memang diperlukan sangat-sangat pakcik G...


TEKANAN DARAH RENDAH adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan ini akan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi.

biasanya golongan yang sering menghadapi tekanan darah rendah adalah golongan atlet dan pengamal diet.
tanda-tanda awal menghadapi tekanan darah rendah seperti berikut..:
  1. pening kepala ketika posisi badan berubah
  2. cepat lelah
  3. mual
  4. pernafasan cepat dan pendek
  5. defresi
  6. cepat haus
  7. kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  8. sukar untuk berkonsentrasi


terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tekanan darah menjadi rendah..antaranya..:
  1. aktiviti seharian
  2. infeksi
  3. pendarahan
  4. ubatan
  5. perasaan
  6. berdiri terlalu lama

jadi, lepas ni terpaksa la aku cari cara pencegahan tekanan darah rendah..takut pulak..
so, pencegahan boleh dilakukan dengan:

  • sarapan pagi sebelum melakukan aktiviti
  • hindari tidak tidur sampai lewat malam
  • makan makanan yang bergizi tinggi
  • minum air putih yang cukup
  • senaman seperti jogging
  • dapatkan vitamin secara rutin

terpaksa la aku off dulu diet ni sampai tekanan darah aku kembali normal....
sekian....





Old things | New things